Tyrannosaurus rex ialah raja dinosaur dengan ia sering dilabel sebagai haiwan pemangsa paling apeks. Populariti filem Jurassic Park menyebabkan ramai percaya T-Rex mampu berlari pantas, mengaung seperti singa dan mempunyai mulut dengan taring terkeluar seperti buaya. Tetapi saintis dari University of Portsmouth menerbitkan kajian yang mengatakan mulut T-Rex sebenarnya mirip cicik dan bukannya buaya.
Menerusi kajian fosil kepala dan gigi T-Rex, Dr Mark Witton dan Derek Larson mendapati ia mempunyai banyak persamaan dengan yang gigi pada cicak seperti Naga Komodo dan Tuatara sebuah spesis cicak dari New Zealand. Kesimpulan dinosaur keluar theropod seperti T-Rex mempunyai bibir seperti cicak juga adalah berdasarkan kesan pada gigi dan lubang pada rahang. Lubang pada rahang membekalkan darah yang diperlukan untuk bibir. Ia amat sama dengan Tuatara yang mempunyai struktur rahang yang sama.
Saintis sebelum ini mengatakan gigi theropod terlalu besar untuk ditutup dengan bibir oleh sebab itu lukisan T-Rex sering melihatnya terkeluar seperti mulut buaya. Kajian terkini ini mengatakan sebenarnya ini tidak benar dan saiz gigi pada rahang theropod adalah sama nisbahnya pada spesis cicak. Kertas kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Science.
Mistik T-Rex sebagai haiwan pemangsa apek semakin terhakis. Sebelum ini saintis mengatakan ia mempunyai bulu seperti ayam, tidak boleh berlari pantas seperti dalam Jurassic Park dan berkicau seperti burung.