Carian
Pembangunan Peluru Berpandu Hipersonik ARRW Dibatalkan
April 3, 2023 Effi Saharudin

Peluru berpandu hipersonik ialah kategori senjata baharu dengan kuasa pemusnah yang tinggi. Ia tidak boleh ditangkis kerana setakat ini tiada sistem yang boleh memintasnya disebabkan kelajuannya yang juga tinggi. Setakat ini hanya Rusia mempunyai peluru berpandu hipersonik Kinzhal type yang digunakan dalam peperangan di Ukraine. Tetapi Amerika Syarikat juga sedang giat membangunkan sistem mereka menerusi projek Air-launched Rapid Response Weapon (ARRW) dan Hypersonic Air-breathing Weapon Concept (HAWC) sejak 2019.

Tetapi hujung minggu lalu projek AGM-183A ARRW yang dibangunkan Raytheon telah dibatalkan selepas beberapa kali mengalami kegagalan dalam ujian-ujian yang dilakukan sebelum ini. Dua lagi ujian akan diteruskan sekadar untuk pengumpulan data yang boleh membantu pembangunan sistem HAWC oleh pesaing mereka Lockheed Martin. Kedua-dua ARRW dan HAWC adalah peluru berpandu hipersonik yang dilancarkan dari udara menggunakan pesawat pengebom.

ARRW sepatutnya berkemampuan terbang sehingga kelajuan Mach 20 (~ 23,0000 km/j) dan dilancarkan sehingga 1600 km dari sasaran. Kerana kelajuannya yang amat tinggi, sasaran dimusnahkan dengan kuasa kinetik tanpa memerlukan bahan letup yang besar.

Sistem peluru berpandu hipersonik Conventional Prompt Strike (CPS) juga sedang dibangunkan oleh Lockheed Martin untuk kapal laut kelas Zumwalt milik Tentera Laut A.S. CPS bukan sahaja boleh digunakan pada kapal laut tetapi juga pada kapal selam dan sistem pelancar darat. Ia berkongsi kepala senjata dengan sistem Long Range Hypersonic Weapon (LRHW) yang sedang dibangunkan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat.

Komen