Oppo dilihat dalam perancangan hadir dengan peranti baharu lagi di bawah siri A. Dikenali sebagai Oppo A98 5G, ia telah ditemui menerusi beberapa pangkalan data termasuklah pengesahan SIRIM di Malaysia. Ia muncul dengan nombor model CPH2529 (OPPO A98 5G) yang didaftarkan oleh Jie Business Sdn Bhd pada 28 Mac 2023. Ini sekaligus memberi bayangan bahawa kita bakal menyaksikan pelancarannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Namun begitu, peranti masih belum dilancarkan secara rasmi apatah lagi kewujudannya diacah oleh Oppo. Namun begitu, peranti berkemungkinan akan hadir dengan panel AMOLED 6.7-inci dengan kadar segar semula tinggi. Maklumat mengenai beberapa lagi komponen lain seperti cip pemprosesn juga masih belum jelas, justeru sama-sama kita nantikan kemaskini selanjutnya daripada pihak Oppo sendiri.