Cari @ Amanz

IQOO telah membuat kemunculan sulungnya di Malaysia dengan memperkenalkan IQOO 11 pada Disember tahun 2022. Ia merupakan sebuah peranti kelas mercu yang mengagumkan dalam sejumlah besar perkara seperti pretasi keseluruhannya yang memuaskan bersama jangka hayat bateri juga baik.

Bagi mengukuhkan lagi pemasaran produknya di Malaysia, IQOO kini dalam persediaan hadir dengan dua lagi produk baharu. Dikenali sebagai IQOO Z7 dan IQOO Z7x, kedua-duanya merupakan peranti kelas pertengahan dengan sokongan 5G terbina. Pelancarannya telah dijadualkan berlangsung pada 6 April akan datang.

Peranti juga telah dilancarkan di China terlebih dahulu, namun tidak dapat dipastikan sama ada variasi di Malaysia akan mempunyai perkakasan dalaman yang sama atau sebaliknya. Seterusnya, laman pengiklanan rasmi untuknya juga telah mula diterbitkan bagi memulakan proses pendaftaran minat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd