Yoodo iaitu syarikat di bawah Celcom kini sudah mula menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G. Semasa awal pengenalan mereka memberitahu yang sokongan 5G yang ditawarkan terhad kepada peranti Android sahaja dan pengguna perlu dapatkan pas percubaan melalui aplikasi mereka.

Dengan Apple memperkenalkan iOS 16.4 yang menyokong profil 5G generik untuk sokongan 5G ke lebih banyak syarikat telekomunikasi Yoodo hari ini mengumumkan melalui aplikasi mereka yang pas percubaan 5G tidak lagi terhad kepada Android. Pengguna iOS turut dapat menikmatinya.

Jika anda ingin menguji pelan Yoodo dengan 5G yang mereka dakwa 10x ganda lebih pantas dan mengurangkan sela masa anda boleh terus pergi ke aplikasi Yoodo dan dapatkan pas percubaan ini.