Dua syarikat telekomunikasi yang baru bersatu, Celcom dan Digi kini agak aktif dalam menawarkan pas khusus bersempena jualan pada tarikh berganda setiap bulan. Kini, sempena 4.4, pihak Celcom dan Digi melalui aplikasi masing-masing – Celcom Life App dan MyDigi menawarkan pas khusus.
Pas berkenaan menawarkan data sebanyak 44GB, selain turut menyertakan bersama data tanpa had untuk penggunaan YouTube dan TikTok, pada harga RM9 satu pas.
Pas ini ditawarkan antara 3 April sehingga 9 April sahaja. Pas ini juga menawarkan masa penggunaan selama 4 hari lamanya.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran CelcomDigi ini hari ini melalui aplikasi masing-masing.