Tim Cook masih tidak mengesahkan sama ada mereka akan melancarkan set realiti-maya tersendiri atau sebaliknya. Namun, melalui sebuah temuramah bersama pihak GQ, Tim Cook yang merangkap CEO Apple berkongsi pandangan mengapa pengguna akan membeli set realiti maya.
Antara sebabnya dikatakan adalah untuk komunikasi, seni, aplikasi kreatif, dan juga persekitaran korporat.
Tim Cook turut berpendapat yang mana gabungan dunia fizikal dan dunia digital akan menambah-baik lagi komunikasi dan juga perhubungan orang ramai.
Buat masa ini, pihak Meta sedia memfokuskan kepada arena tersebut. Apple sendiri diperkatakan akan memperkenalkan set realiti-gabungan mereka dalam tempoh sekitar 2 bulan lagi, dan dijangka akan membawa kepada perubahan besar dalam industri realiti-maya sedia ada.