Cari @ Amanz

Midjourney menamatkan akses percuma menjana imej mereka minggu lalu bagi mengelakkan imej palsu dihasilkan. Ini dilakukan selepas permintaan meningkat dan imej palsu Paus Francis memakai jaket mahal tular di media sosial. Kini Midjourney mengaramkan pula pengguna menjana imej Presiden Xi Jinping.

Jika prom “President Xi” dimasukkan ke dalam kotak janaan imej, notifikasi akan diberikan kepada pengguna bahawa frasa ini tidak lagi dibenarkan. Jika pengguna cuba untuk memintas halangan ini, mereka mungkin akan diharamkan dari terus menggunakan Midjourney. Tindakan yang diambil ini agak aneh kerana Midjourney tidak boleh diakses di China. Ini bukan kali pertama prom dan frasa tertentu diharamkan.

Beberapa minggu lalu prom “Donald Trump” telah dihalang selepas imej palsu beliau ditangkap tular di media sosial. Pengguna yang menghasilkan imej tersebut pula telah diharamkan daripada platform. Setakat ini hanya dua VIP ini sahaja diharamkan dengan janaan imej ketua negara lain masih lagi dibenarkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd