Cari @ Amanz

Bukalapak, salah satu laman edagang popular di Indonesia, kini mengumumkan telah mendapatkan pegangan majoriti pada iPrice.

iPrice merupakan salah satu platform yang berpusat di Malaysia, memfokuskan kepada perbandingan harga barangan melaluinya.

Nilai pengambil-alihan dan pelaburan ini tidak dinyatakan kedua-dua pihak.

Bukalapak melihat pengambil-alihan pegangan majoriti pada iPrice ini sebagai salah satu langkah strategik dalam memperluaskan pasaran edagang mereka. Pada masa yang sama, langkah ini juga dijangka membolehkan iPrice mencapai lebih ramai pengguna, selain menawarkan lebih penjimatan kepada pengguna.

iPrice telah dimulakan sekitar 8 tahun lepas, dan ia telah membantu lebih 100 pengguna dalam melakukan perbandingan dan berjimat ketika melakukan pembelian.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd