Cari @ Amanz

Tahun lepas bekas CEO Waze iaitu Noam Bardin telah melancarkan platform media sosial baharu Post. atau Post.news. Platform ini dikatakan adalah pesaing kepada Twitter tetapi lebih sopan.

Misalnya pengguna boleh berdebat dengan cara yang lebih sivil, boleh mempelajari sesuatu terus daripada pakar, berita yang dipaparkan semuanya bukan palsu, bebas bot, serta turut boleh membantu menjana pendapatan untuk para penulis/wartawan/syarikat media dan berita.

Ketika Post diperkenalkan pendaftaran perlu menunggu giliran dan hanya selepas menerima jemputan sahaja baru ia boleh digunakan. Kini Post telah pun dilancarkan secara umum dan sesiapa sahaja boleh mendaftar.

Bardin menyatakan beberapa penerbit berita menyedari ramai pengguna membaca berita pada Post dan sanggup membayarnya. Platform ini disasarkan kepada tempat membaca berita premium yang selesa untuk pengguna dan tiada gangguan iklan. Buat masa ini sudah ada 25 laman berita premium bekerjasama dengan Post.

Jika anda sudah penat dengan Twitter dan ingin cuba sesuatu yang lain pergi ke laman Post.news dan daftar akaun anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd