Selepas Amerika Syarikat, UK, India ,New Zealand, dan Perancis mengharamkan pemasangan TikTok pada peranti penjawat awam, kini giliran Australia pula mengambil langkah yang sama. Menerusi arahan terkini ini, kesemua negara sekutu Five Eyes kini mengharamkan aplikasi dari China ini pada peranti milik penjawat awam.

Dengan TikTok dituduh mengumpul data pengguna dan mendatangkan risiko keselamatan, tindakan pengharaman pada peranti kerja kegunaan rasmi ini diperkenalkan. TikTok mengeluarkan kenyataan kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Australia. Mereka turut sudah berkali-kali menafikan sebarang tuduhan bahawa mereka melakukan intipan bagi pihak China.
Di Amerika Syarikat, TikTok berhadapan akan diharamkan sekiranya syarikat tidak dijual oleh Bytedance. Kerajaan China sudahpun menegaskan tidak akan membenarkan aplikasi dijual kerana mengatakan algoritma yang digunakan adalah milik China dan tidak boleh dijual tanpa kebenaran.