Pihak berkuasa kini telah mengeluarkan amaran berkaitan sebuah APK palsu berbentuk perisian hasad yang tersebar di arena web, memfokuskan kepada “Peraduan MILO Ramadan”.
Melalui halaman Amaran Scam yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, ia diminta supaya orang ramai tidak memasang dan berwaspada dengan aplikasi berbentuk penipuan ini.
Orang ramai juga diingatkan supaya tidak klik pada pautan yang tular berkenaan dengan Peraduan MILO Ramadan ini.
Selain pihak Amaran Scam, pihak Nestle juga turut memberikan amaran yang sama kepada para pengguna melalui laman media sosial mereka.