Cari @ Amanz

Book Depository merupakan salah satu laman yang sering dituju oleh penggemar buku dalam membeli dan mendapatkan buku – tidak kira berada di dunia. Ia menawarkan kemudahan melakukan tempahan, dan menerima buku terus di alrumah.

Pada awalnya, ia dibangunkan sebagai pesaing untuk Amazon, tetapi pada 2011 yang lepas, Amazon telah mengambil-alih Book Depository.

Kini, seperti beberapa perkhidmatan dibawah Amazon, Book Depository turut terkesan, danakan menamatkan operasi pada penghujung April 2023 kelak. Perkara ini dilihat melalui emel yang telah dihantar pihak Book Depository kepada para penerbit dan peruncit pada platform tersebut.

Sebelum ini, Amazon turut telah mengumumkan mereka akan menamatkan DPReview – iaitu salah satu laman yang menjadi fokus ramai dalam membaca ulasan berkaitan dengan kamera.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd