Realme kini mengumumkan penjenamaan semula untuk jenama Techlife mereka, dimana semua produk Techlife kini akan dijenamakan dibawah subjenama Narzo.
Untuk makluman, sebelum ini Realme telah menawarkan sejumlah produk dibawah jenama Techlife – khususnya produk-produk peranti berhubung. Di Malaysia sendiri Realme menawarkan sejumlah produk dibawah jenama tersebut, termasuk jam tagnan pintar, fon telinga, dan sebagainya.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah penjenamaan semula ini akan memberi impak kepada satu lagi subjenama Realme, iaitu Dizo.
Dengan perubahan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah perkara dan penawaran baharu yang akan disediakan dibawah Realme Narzo ini.