Cari @ Amanz

OnePlus hari ini secara rasminya memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar dibawah siri Nord, memfokuskan kepada penawaran spesifikasi asas-sederhana, pada harga yang lebih mampu-milik.

OnePlus Nord CE 3 Lite hadir dengan skrin 6.72-inci 1080p LCD yang menyokong kadar segar semula 120Hz, dikuasakan cip Snapdragon 695, memori 8GB RAM, dan storan 256GB.

Untuk rakaman gambar, pada bahagian belakang ia menggunakan tri-sensor, iaitu sensor kamera utama 108-megapixel dan disatukan bersama sensor makro 2MP serta sensor kedalaman 2MP. Untuk rakaman swafoto pula, ia hadir dengan kamera 16-megapixel.

OnePlus turut menyertakan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W bersama telefon pintar ini. Menariknya juga, bicu audio 3.5mm disertakan bersama telefon pintar ini. Pada bahagian perisian, ia hadir dengan OxygenOS 13.1 berasaskan kepada Android 13.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan OnePlus Nord CE 3 Lite (8/256GB) ini pada harga RM1099 di Malaysia bermula 11 April 2023 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd