ChatGPT memberikan impak yang besar ke atas beberapa kerjaya seperti penulis. Kemampuannya menghasilkan karya yang pantas berdasarkan imput teks sahaja amat menakutkan. Lebih merisaukan sudah wujud insiden ChatGPT digunakan oleh pelajar untuk mengelat menghasilkan kerja rumah atau kerja khusus yang diperlukan di dalam kelas.

Turnitin yang merupakan perkhidmatan mengesan plagiarisme telah ditambah baik dengan kemampuan mengesan karangan yang dihasilkan kecerdasan buatan seperti ChatGPT. Menurut mereka ketepatan mengesan karangan yang tidak ditulis manusia mencecah 98%.
Walaupun kemampuan mengesan karangan AI ini baru diaktifkan, Turnitin berkata usaha telah dilakukan sejak GPT3 diumumkan. Usaha selama dua tahun telah dilakukan oleh Turnitin kerana menyedari impak kecerdasan buatan seperti ChatGPT ke atas dunia akademik.
Ciri ni sudah boleh digunakan pada produk Turnitin sedia ada seperti Turnitin Feedback Studio (TFS), TFS with Originality, Turnitin Originality, Turnitin Similarity, Simcheck, Originality Check dan Originality Check+.
- Sumber
- Turnitin