Cari @ Amanz

Industri komputer tahun lalu terjejas teruk kerana permintaan yang berkurangan pasca pandemik. Dengan permintaan untuk komputer peribadi kini kembali ke tahap sebelum pandemik, tidak ada pengeluar yang terselamat. Menurut laporan The Elec, Apple menghentikan pengeluaran cip baharui siri Apple M2 kerana permintaan untuk komputer mereka juga terjejas.

Mengikut sumber industri, pengeluaran telah dihentikan kerana lambakan cip sedia ada. Pengeluaran cip pada bulan Mac turut didakwa separuh daripada pengeluaran cip M1 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Pengurangan permintaan ini sudah dijangka selepas pendapatan perniagaan Mac menyusut 12% pada laporan kewangan pada suku yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd