Cari @ Amanz

Isu sejak manusia mula menjual sos tomato dalam botol kaca ialah mengeluarkan saki baki sos yang tinggal. Bahagian tapak ditepuk, dipanaskan dan dalam situasi terdesak botol digoncang kuat. Heinz sebagai pengeluar sos tomato yang terkemuka menyelesaikan isu ini dengan penyelesaian yang berfikir di luar kotak.

Botol Heinz Ketch-Up & Down yang dibangunkan mereka mempunyai dua kepala. Satu di atas dan satu di bawah. Dengan rekaan dwi-kepala ini sos yang disimpan di dalam botol akan sentiasa berada di bawah dengan ia boleh dipicit keluar dengan lebih mudah. Ini adalah variasi terkini botol Heinz Ketch-Up & Down yang dikeluarkan pada tahun 2010.

Heinz sudah menawarkan botol dengan penutup di bahagian tapak tetapi mereka mendapati masih terdapat 40% pelanggan yang meletakkannya pada orientasi yang salah. Pada waktu ini masih tiada perancangan untuk menggunakan botol Heinz Ketch-Up & Down pada produk sebenar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd