Jika anda membeli sebuah komputer riba dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 7000, salah satu aspek yang mengelirukan mengenainya ialah ia tampil dengan CPU yang menggunakan teknologi Zen 2, Zen 3 dan Zen 4.

Setakat ini, cip-cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 untuk kelas komputer riba secara lazimnya menggunakan teknologi Zen 2 dan Zen 3, dan apabila cip pemprosesan menggunakan Zen 4 diperkenalkan di pasaran, ia adalah lebih mengelirukan untuk orang ramai memilih komputer riba yang tepat untuk kegunaan mereka.

Oleh kerana itu, AMD baru-baru ini telah memperlihatkan pelekat baru berwarna oren khusus untuk cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 yang menggunakan teknologi Zen 4 untuk komputer riba. Ini adalah untuk komputer riba yang dikuasakan oleh cip-cip pemprosesan AMD Ryzen Phoenix Point (Ryzen 7X40) dan AMD Ryzen Dragon Range (Ryzen 7X45).

Notebookcheck juga memperlihatkan komputer riba Asus ROG Zephyrus Duo 16 dengan pelekat tersebut dan ini nampaknya mengesahkan bagaimana AMD akan membezakan cip-cip pemprosesan terbaru mereka dengan model yang dilancarkan sebelum ini.
- Sumber
- VideoCardz