Jika anda menggunakan Waze anda akan tahu yang mengikut musim tertentu Waze akan menawarkan tema khas pada audio serta ikon-ikon dalam aplikasi. Tetapi bagaimana kalau keseluruhan aplikasi boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna pada bila-bila masa?

Customize Your Drive diperkenalkan oleh Waze baru-baru ini khusus untuk perkara yang saya sebutkan tadi. Ciri ini menawarkan banyak kandungan menarik untuk memberi pengguna pengalaman memandu yang lebih menyeronokkan.

Terdapat tema yang boleh diubah mengikut mood pengguna, mengaktifkan Headspace untuk meditasi sambil memandu, menggunakan suara Christina Aguilera atau memasuki dunia Halo dengan acah anda seorang adi-askar sedang beraksi.

Setiap tema yang digunakan akan menukar ikon kereta menjadi lain dan audio arahan selok-belok juga akan mengikut tema pilihan pengguna. Waze turut menyatakan akan ada lebih banyak kandungan dan tema dengan kolaborasi yang menarik akan tiba di masa akan datang.
Buat masa ini ciri ini hanya terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat dan akan diedarkan kepada semua pengguna di masa-masa akan datang.
- Sumber
- Waze