Carian
Google Berkata Cip Superkomputer Terkini Mereka Lebih Berkuasa Dan Lestari Berbanding Cip NVIDIA
April 5, 2023 Effi Saharudin

Google sedang cuba mengurangkan jurang antara mereka dan OpenAI dalam dunia kecerdasan buatan. Antara langkah yang diambil ialah menstruktur semula bahagian Google Assistant supaya ia boleh membantu pembangunan kecerdasan buatan Bard. Hari ini Google berkongsi maklumat mengenai superkomputer terkini mereka yang didakwa lebih berkuasa berbanding yang superkomputer yang dikeluarkan oleh NVIDIA.

Superkomputer terkini Google menggunakan cip Tensor Processing Unit generasi keempat (TPU V4). Sebanyak 4000 cip TPU V4 digabungkan dalam sebuah superkomputer yang digunakan untuk melatih kecerdasan buatan PaLM Google.Cip ini sebenarnya telah digunakan sejak 2020 dan hanya dikongsi mengenai kemampuannya hari ini.

Apabila dibandingkan dengan cip NVIDIA A100 yang dihasilkan pada waktu yang sama, TPU V4 adalah sehingga 1.7 kali ganda lebih berkuasa, dan 1.9 kali ganda lebih menjimatkan tenaga. Selain Google PaLM, superkomputer dengan cip TPU V4 ini juga digunakan oleh Midjourney untuk melatih kecerdasan buatan generatif mereka.

Walaupun TPU V4 didakwa lebih berkuasa, superkomputer untuk melatih kecerdasan buatan dunia masih lagi Perlmutter yang dilengkapi 6159 cip NVIDIA A100.

Komen