Cari @ Amanz

Pernahkah anda berhajat memiliki sebuah peranti pintar berkelas mercu, namun setelah melihat harganya, anda terasa berat hati untuk membelinya? Sekiranya ya, Xiaomi sedia merawat kekecewaan dan keraguan hati anda bagi memiliki peranti kelas pertengahan tetapi seumpama peranti mercu mereka, melalui siri terbaharu Redmi Note 12.

Meskipun siri Redmi Note 12 ini merupakan siri kelas pertengahan, ia dikatakan mampu memberikan anda prestasi dan pengalaman penggunaan yang setaraf peranti mercu. Ini kerana, siri ini didatangkan dengan pelbagai fungsi yang seringkali digunakan di dalam peranti kelas mercu. Terdapat tiga variasi di bawah siri Redmi Note 12  iaitu Redmi Note 12, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 Pro+ 5G. Tetapi, apa yang membuatkan telefon pintar siri ini dikatakan setaraf dengan peranti mercu?

1. Peranti Pertengahan Redmi Pertama Menggunakan Kamera 200MP dan OIS

Buat pengetahuan anda, kamera dengan sensor 200MP dan sistem penstabilan OIS merupakan penawaran yang sering didatangkan di dalam peranti mercu. Namun, Xiaomi telah mengambil langkah baharu dengan menawarkan kedua-dua ciri ini pada salah satu model dari siri Redmi Note 12 mereka. Ini seterusnya menjadikannya sebagai peranti kelas pertengahan Redmi Note pertama yang menggunakan kamera 200MP dengan OIS.

Sekiranya anda sentiasa menghadapi masalah kualiti gambar dan rakaman yang tidak memuaskan serta kelihatan pecah, ini lah masa yang sesuai untuk bertukar kepada Redmi Note 12 Pro+ 5G yang menggunakan kamera 200MP. Ini kerana, kamera bersensor 200MP ini berupaya menghasilkan gambar dan rakaman yang lebih fokus serta tajam. Ia hasil daripada saiz resolusi gambar yang besar. Apabila saiz resolusi besar, ia seterusnya akan menjadikan subjek yang jauh masih kelihatan jelas, walaupun dizum secara dekat. 

Proses penyuntingan gambar dengan Siri Redmi Note 12 ini juga lebih mudah, melalui kewujudan Xiaomi ProCut. Menurut Xiaomi, Xiaomi ProCut ini mampu mengubah suai dan memangkas (crop) gambar asal anda kepada lima komposisi yang berbeza, tanpa perlu menjejaskan kualiti gambar. Namun begitu, penawaran kamera 200MP ini hanya ditawarkan pada model Redmi Note 12 Pro+ 5G sahaja. Untuk model Redmi Note 12 5G, sistem kameranya menggabungkan lensa 48MP+8MP+2MP. Manakala bagi Redmi Note 12 pula, ia menerima gabungan kamera 50MP+8MP+2MP. 

2. Penggunaan Skrin 120Hz Flow AMOLED – Pewarnaan Lebih Jelas dan Jitu

Dari segi paparan skrin pula, kesemua model dibawah siri Redmi Note 12 ini didatangkan dengan skrin 120Hz Flow AMOLED, yang kebiasaannya juga digunakan dalam peranti berkelas mercu. Penggunaan skrin AMOLED ini mampu menghasilkan paparan yang lebih jelas dengan pewarnaan yang jitu tanpa menggunakan terlalu banyak kuasa. Bukan itu sahaja, kadar segar semula 120Hz yang ada pada skrin ini juga dilihat dapat memberikan pengalaman penggunaan yang lancar, terutama sekali apabila menatal skrin, membuka aplikasi secara serentak mahupun bermain permua. Turut memberi kepuasan ketika melihat kandungan pada skrin adalah kehadiran teknologi Dolby Vision, yang mampu untuk memaparkan  pewarnaan yang lebih  menonjol dan semula jadi, sama seperti melihat  subjek sebenar dengan mata sendiri.

3. Tiada Lagi Masalah Pengecasan Dengan Smart 120W HyperCharge

Kesemua variasi di bawah siri Redmi Note 12 ini memuatkan bateri bersaiz 5,000 mAh yang cukup besar buat kegunaan harian. Namun begitu, setiap model didatangkan dengan sistem pengecasan yang berbeza. Seperti contoh, Redmi Note 12 Pro+ 5G disokong dengan pengecasan Smart 120W HyperCharge. Menurut Xiaomi, sistem pengecasan ini mampu mengecas peranti ke 100% dalam masa 19 minit sahaja, dimana tempoh ini boleh dikatakan agak laju bagi telefon kelas pertengahan. Namun begitu, bagi model Redmi Note 12 5G dan Note 12 pula, ia hadir dengan pengecasan pantas 33W yang mana ia dikatakan mampu mengecas 50% dalam masa 22 minit.

Turut memberi nilai tambah pada prestasi bateri adalah ciri perlindungan pada litar dan komponen pengecasan, yang dikenali sebagai 34 Protection Features. Ciri ini dikatakan mampu menjaga komponen peranti dari sebarang kerosakan ketika mengecas. Namun, perlu diingatkan bahawa ciri ini hanya tersedia untuk model tertentu sahaja.

Apa Lagi Yang “Wow” Pada Siri Ini?

Selain daripada tiga ciri yang disebutkan tadi, setiap variasi di bawah siri Redmi Note ini turut menggunakan cip pemprosesan berkualiti. Bagi model Redmi Note 12 Pro+ 5G, ia menggunakan MediaTek Dimensity 1080 yang dikatakan mampu memberi prestasi penggunaan yang lancar serta membantu memanjangkan jangka hayat bateri. Bukan itu sahaja, cip pemprosesan ini terkenal dalam menyokong peranti yang dilengkapi dengan kamera bersensor 200MP, memberikan anda peluang menghasilkan gambar dengan lebih berkualiti tinggi.

Bagi model Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 pula, ia menggunakan cip pemprosesan dari Snapdragon iaitu Snapdragon 4 Gen 1 dan Snapdragon 685 Mobile Platform, yang turut sama dilihat mampu meningkatkan lagi prestasi peranti untuk pengalaman penggunaan yang lancar.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, siri Redmi Note 12 ini mampu memenuhi keperluan khusus pengguna, lebih lebih lagi bagi anda yang mungkin mementingkan fungsi kamera yang berkualiti mahupun mencari peranti untuk kegunaan harian. Melalui penawaran kamera 200MP, skrin 120HZ Flow AMOLED dan Smart 120W HyperCharge, ia dapat memberikan anda pengalaman penggunaan yang setaraf peranti kelas mercu, tetapi dengan harga yang dikatakan lebih berbaloi. 

Buat masa ini, siri Redmi Note 12 ini masih belum ditawarkan lagi di Malaysia. Namun begitu, ia dijangka bakal memasuki pasaran tempatan pada 14 April 2023 ini, dengan harga RM799 bagi Redmi Note 12 (8GB + 128 GB), RM1099 bagi Redmi Note 12 5G (8GB + 256GB), dan RM1,599 bagi Redmi Note 12 Pro+ 5G (8GB + 256GB). Sekiranya anda berminat, anda boleh melakukan pra-tempah di kedai rasmi Xiaomi, dimana bagi setiap tempahan salah satu variasi Redmi Note 12 bermula 6 hingga 13 April, anda berpeluang mendapatkan Redmi Smart Band 2 secara percuma.

Xiaomi Fan Festival 2023 Bermula Hari Ini

Buat pengetahuan anda, Xiaomi turut hadir dengan Xiaomi Fan Festival. Melaluinya, anda  boleh mendapatkan pelbagai aksesori percuma apabila membeli peranti-peranti terpilih daripada Xiaomi atau Redmi.Sepanjang acara ini berlangsung juga, anda berpeluang mendapatkan pemegang pelekat nota Xiaomi Bunny Doll bagi setiap baikpulih peranti yang dibuat, perkongsikan gambar paling menarik yang diambil menggunakan telefon Xiaomi atau Redmi, dan juga mengikuti Xiaomi Support di laman Facebook, Twitter serta Youtube. Jadi, buat pra-tempahan untuk siri Redmi Note 12 ini sekarang dan dapatkan pelbagai hadiah menarik sementara stok masih ada.

Penafian : Advertorial Daripada Xiaomi Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd