Cari @ Amanz

Kad kredit memudahkan pembayaran atas talian khususnya jika ingin berurusan dengan syarikat luar negara. Tetapi dengan ketirisan data, maklumat kad kredit mungkin boleh dicuri sehingga mengakibatkan transaksi dilakukan tanpa disedari. Untuk mengurangkan risiko kepada pelanggan mereka, Alliance Bank hari ini melancarkan perkhidmatan Alliance Bank Visa Virtual Credit Card yang merupakan kad kredit maya.

Alliance Bank Visa Virtual Credit Card ini unik kerana menggunakan nombor 16 angka yang berbeza untuk setiap transaksi. Nombor kad kredit sebenar pelanggan tidak akan terdedah sekiranya laman edagang yang digunakan telah digodam. Pelanggan boleh menjana kad kredit maya berbeza untuk transaksi dan perkhidmatan berbeza. Setiap nombor kad ini juga hanya boleh digunakan dalam tempoh 30 minit sahaja selepas dijana dalam aplikasi Alliance Bank.

Pelanggan boleh menguruskan kad kredit maya mereka terus dari dalam aplikasi. Mereka boleh mengawal jumlah perbelanjaan, had nilai setiap transaksi dan membekukannya dengan pantas jika terdapat transaksi yang meragukan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd