Bersama-sama dengan pelancaran tiga peranti Redmi Note 12 di Malaysia Xiaomi Malaysia turut membawa masuk Redmi Watch 3. Xiaomi cuba menawarkan pengalaman menggunakan jam tangan pintar premium pada harga lebih mampu dengan jam baharu Redmi ini.

Redmi Watch 3 hadir dengan skrin 1.75″ AMOLED dengan bingkai besi NCVM yang mempunyai dua pilihan warna sama ada hitam atau ivory. Jam ini mempunyai lebih 200 muka jam, ada GPS terbina dan menyokong perlindungan air 5 ATM.
Terdapat 121 mod sukan ditawarkan dengan 6 mod sukan akan diaktifkan secara automatik jika jam mengesan aktiviti pengguna lakukan. Ciri asas seperti imbasan nadi, pemantauan tidur, semakan kadar oksigen dalam darah, turut ditawarkan.

Redmi Watch 3 akan mempunyai ketahanan bateri mencapai 12 hari dan menjadikan jam ini lebih menarik sokongan mikrofon dan speaker dibina terus untuk menjawab panggilan telefon pada kualiti HD. Jam ini menggunakan Bluetooth 5.2 dan pengecasan adalah dermaga magnetik.
Harga jualan di Malaysia adalah RM429 dengan hadiah percuma tali jam silikon serta diskaun RM30 untuk pembeli terawal.
