Cari @ Amanz

Realme 10 Pro 5G Coca Cola Edition telah dilancarkan secara rasmi sebelum ini dengan elemen cukup menarik. Seperti namanya, penghasilan peranti ini melibatkan kerjasama daripada pengeluar air minuman terkemuka iaitu Coca-Cola.

Sekaligus menyaksikan peranti mempunyai rekaan bertemakan Coca Cola pada bahagian belakang. Kemudian dipadankan pula dengan antaramuka yang juga dikemaskini dengan tema minuman berkarbonat tersebut menjadikannya lebih menarik berbanding Realme 10 Pro 5G edisi biasa.

Buat pengguna Malaysia yang menantikan kehadirannya, tarikh pelancaran telah dikongsi yang dijadualkan berlangsung pada 12 April akan datang. Realme juga mengesahkan bahawa Malaysia merupakan salah satu daripada lima negara terpilih yang menawarkan edisi terhad ini dengan kapasiti unit agak terhad.

Namun begitu masih tiada maklumat khusus mengenai bilangan unit yang bakal ditawarkan di Malaysia. Harga jualan peranti juga masih menjadi rahsia,maka seperti biasa sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd