Cari @ Amanz

Sejumlah perkhidmatan Apple, kecuali iCloud kini dilihat akan berhenti beroperasi pada sistem operasi yang lama, termasuk pada iOS, macOS, watchOS dan juga tvOS.

Perkhidmatan yang terkesan adalah termasuk perkhidmatan seperti Siri, AppStore, dan juga Apple Maps.

Pihak Apple telah pun menerbitkan halaman sokongan untuknya, menyatakan akan memberikan notifikasi kepada mereka yang menggunakan versi sistem operasi lama, dan memaklumkan berkenaan sokongan ini.

Namun, ia tidak dinyatakan berkenaan versi sistem operasi yang terkesan dengannya.

Mengikut maklumat tertiris yang dikongsikan di web, ia dikatakan bermula Mei kelak, Apple tidak akan menyokong sistem operasi versi lama, termasuk iOS11.2.6, macOS 10.13.3, watchOS 4.2.3, dan tvOS 11.2.6 – dan yang sebelumnya.

Sebab disebalik penamatan sokongan ini tidak dinyatakan buat masa ini. Apple sendiri melalui halaman sokongan menyatakan iCloud akan terus disokong pada versi perisian lama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd