Cari @ Amanz

Data peribadi ialah adalah amat bernilai. Tabiat penggunaan, pembelian dan lokasi dimana anda berada boleh dilombong untuk memudahkan iklan disasarkan. Oleh sebab itulah apabila data anda tertiris, anda mula menerima panggilan telefon dan mesej penipuan yang tidak masuk akal. Google Play telah melakukan pindaan pada terma dan syarat pembangunan aplikasi mereka supaya membolehkan data peribadi dipadam sepenuhnya dengan lebih mudah.

Pembangunan aplikasi di Play Store diwajibkan memberikan pilihan kepada pengguna untuk memadam akaun dan data peribadi terus dari dalam aplikasi bermula 7 Disember 2023. Ini hanyalah untuk aplikasi yang menawarkan ciri membuka akaun baharu dari dalam aplikasi.

Selain dari dalam aplikasi, pautan memadam akaun akan juga dipaparkan dalam maklumat aplikasi di Play Store. Pautan bagaimana memadam data peribadi sepenuhnya akan diberikan. Ini berguna bagi mereka yang telahpun memadam aplikasi daripada peranti.

Ciri memadam akaun dan data peribadi ini tidak boleh disorokkan serta perlu mudah diakses oleh pengguna. Menerusi ciri ini, Google berharap terdapat lebih ketelusan mengenai bagaimana data pengguna akan digunakan selepas mereka tidak lagi menggunakan aplikasi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd