Cari @ Amanz

Pada tahun 2020 Sony Spatial Reality Display dilancarkan dengan ia merupakan monitor yang memaparkan kandungan 3D tanpa perlu memakai cermin mata. Ia bersaiz 15.6″ dengan resolusi 4K. Kini Sony melancarkan pula Sony Spatial Reality Display ELF-SR2 baharu dengan skrin 27″ dan resolusi 4K.

Dengan skrin lebih besar kandungan 3D dapat dilihat secara lebih terperinci. Seperti model terdahulu, di hadapan ELF-SR2 terdapat kamera yang menjejak kepala pengguna supaya orientasi model 3D pada skrin akan memberikan kesan 3D yang realistik tanpa cermin mata khas. Ia masih lagi mempunyai tapak berbentuk tiga segi yang diletakkan pada sudut 45 darjah. Sambungan dilakukan menerusi USB-C atau HDMI 2.0.

Sony menyertakan sokongan perisian Unity dan Unreal Engine bagi memudahkan pembangun permainan video atau kesan khas melakukan kerja dengan ELF-SR2. Harga jualan Sony Spatial Reality Display ELF-SR2 ialah $5,000 (~RM22,000) sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd