Huawei kini telah membawa masuk satu lagi tablet terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MatePad 11 2023. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1799.
Huawei mengatakan MatePad 11 2023 ini menawarkan prestasi dan penggunaan produktiviti seumpama PC. Untuk tujuan tersebut, beberapa aplikasi disertakan dengannya, termasuk WPS Office untuk penggunaan pelbagai jenis dokumen, disamping Huawei Noted untuk memudahkan anda mencatatkan nota. Tablet ini turut dilengkapi sistem operasi HarmonyOS.

Dari segi spesifikasi, Huawei MatePad 11 2023 hadir dengan skrin 11-inci pada kadar segar semula 120Hz, dilengkapi cip Snapdragon 870, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Versi yang ditawarkan di Malaysia adalah versi WiFi sahaja buat masa ini.
Huawei menyertakan bateri 7250mAh yang menawarkan masa memainkan video berterusan selama 12 jam. Melengkapkan penawaran tablet ini juga adalah sebuah stylus, dinamakan Huawei M-Pencil.

Bersama pra-tempahan tablet ini, Huawei turut menawarkan akses VIP ke WeTV selama 3 bulan, disamping diskaun untuk pembelian papan kekunci MatePad 11.
Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan tablet ini melalui laman rasmi Huawei atau di Shopee hari ini.