Pada hari ini, majoriti besar dron hadir dengan hanya satu kamera terbina padanya. Namun, hal ini dijangka berubah, dan mungkin mengikut trend telefon pintar dalam menyertakan multi-kamera untuk tujuan rakaman.
Mengikut gambar tertiris untuk dron DJI akan datang, ia dilihat bakal menyertakan sehingga tiga kamera terbina padanya.
DI Mavic 3 Pro dilihat akan menjadi dron untuk pengguna yang pertama menyertakan tiga lensa kamera bersama dengannya. Ini akan menjadikan pengguna boleh melakukan pelbagai variasi rakaman mengikut situasi berbeza.
Mengikut info tertiris gak, salah satu kamera pada dron ini akan menyokong sehingga 3 kali zum bersama dengannya, selain menyertakan lensa telefoto.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak DJI bakal memperkenal dron baharu ini. Dengan ketirisan baharu ini, semestinya ia akan menjadi salah satu dron yang bakal menarik perhatian ramai pengguna seluruh dunia.