Carian
YouTube Menambah Tab ‘Podcast’ Pada Halaman Saluran
April 7, 2023 Aman

YouTube nampaknya kini aktif dalam memfokuskan kepada arena podsiar. Selepas membolehkan pengguna melabelkan muat-naik sebagai podsiar sebelum ini, kini penyedia perkhidmatan video terbesar dunia berkenaan turut memperkenalkan penambahan tab baharu dilabelkan ‘Podcast’ pada halaman saluran.

Dengan langkah ini, para pengguna boleh terus ke halaman serta perkongsian berbentuk podsiar pada sesuatu saluran YouTube.

Untuk tab ini aktif, pengguna perlu menambahnya melalui halaman pengurusan video, dan melabelkan sesuatu senarai main berkenaan sebagai podsiar.

Buat masa ini, YouTube masih memfokuskan kepada penyiaran podsiar dalam bentuk video. Ia tidak diketahui lagi sama ada mereka akan memperkenalkan ia dalam bentuk audio sahaja atau sebaliknya dalam masa terdekat ini.

Komen