Carian
China Ingin Membangunkan Rangkaian Kabel Dasar Laut Tersendiri – Hubungkan Asia, Timur Tengah Dan Eropah
April 7, 2023 Aman

Pada hari ini, kabel dasar laut digunakan dalam menghubungkan rangkaian internet antara benua pada peringkat global, dalam memastikan pengguna dalam mengakses web-web yang dihoskan di negara-negara tertentu dengan mudah dan pantas. Sekitar 95% trafik internet adalah melalui kabel dasar laut.

Kebanyakkan pembangunan kabel dasar laut ini, diterajui pihak Amerika Syarikat. Kini, pihak China ingin membangunkan alternatif untuknya dengan hadir melalui penawaran kabel dasar laut mereka tersendiri.

Untuk tujuan ini, firma telekomunikasi China dilaporkan akan bekerjasama dalam membangunkan rangkaian yang menghubungkan Asia, Timur Tengah dan juga Eropah.

Kabel ini dikatakan akan menghubungkan China ke Hong Kong, seterusnya ke Singapura, Pakistan, Arab Saudi, Mesir dan juga Perancis. Syarikat HMN Technologies yang dimiliki majoriti oleh Huawei dijangka akan membangunkan projek ini melalui pelaburan firma telekomunikasi China.

Langkah ini dilihat lanjutan daripada ketegangan antara Amerika dan China, terutamanya dalam arena teknologi. China sering dikatakan oleh Amerika sebagai pengintip data apabila melalui perkhidmatan dibawah China, salah satu perkara yang sering dinafikan oleh pihak China. Dengan pembangunan kabel sendiri ini, ia sekaligus membawa kepada alternatif aliran trafik internet – disamping pada masa yang sama membolehkan China bersedia sekiranya tiba-tiba Amerika Syarikat memilih untuk memotong aliran trafik internet ke China.

Komen