Carian
Google Find My Device Kelak Boleh Menjejak Peranti Yang Telah Dimatikan Seperti Apple Find My
April 7, 2023 Fahim Zahar

Ciri penjejakan peranti harus diberi pujian kepada Apple kerana walaupun Apple Watch, iPhone atau iPad telah mati akibat dimatikan atau kehabisan bateri peranti masih boleh dicari dengan sistem Find My. Ini adalah kekurangan pada peranti Android kerana peranti yang hilang hanya boleh dicari jika ia aktif bersambung kepada internet dan hidup sahaja.

Kelak semua ini akan berubah kerana Google dilaporkan sedang membangunkan ciri mirip Apple ini. Akan datang ciri ini akan terhad kepada peranti Pixel melalui ciri Pixel Power-Off.

Ciri ini masih dalam pembangunan lagi tetapi beberapa butiran telah diperoleh. Contohnya jika pengguna ingin menggunakannya pastikan tetapan lokasi pada peranti sentiasa hidup, Find My Device diaktifkan, akaun Google telah diselarikan pada peranti dan butiran boleh kelihatan di Play Store.

Ciri ini besar kemungkinan akan diperkenalkan bersama dengan pelancaran grogu kod nama produk penjejak objek seakan Apple AirTag. Google juga sedang membina rangkaian peranti Android agar semua boleh dijejak dan turut boleh menggunakan teknologi UWB nanti.

Komen