Cari @ Amanz

Satu trend yang popular beberapa tahun yang lalu ialah meja berdiri (standing desk) yang tinggi. Menurut pengguna meja berdiri ini ialah cara lebih sihat untuk bekerja kerana anda tidak duduk statik di atas kerusi ketika di pejabat. Di Belanda, bangunan pejabat EDGE Stadium kin menawarkan Walking Room dimana pengguna boleh bekerja sambil berjalan.

Walking Room dilengkapi sebuah mesin berjalan (treadmill) gergasi yang bergerak pad kelajuan maksimum 3.2 kph (0.88 meter sesaat). Terdapat sebuah meja kerja panjang pada hujung mesin berjalan ini. Pekerja boleh menyewa Walking Room dan membawa komputer sendiri. Sambil bekerja mereka kini boleh berjalan.

Bilik ini adalah bersaiz 14 x 24 meter dan boleh menempatkan sehingga 15 individu serentak. Terdapat suis kecemasan yang boleh ditekan bagi menghentikan mesin berjalan ketika kecemasan. Sebuah mesin pancuran air minuman dan tempat meletakkan buah-buahan juga diletakkan dalam bilik untuk digunakan selepas penat berjalan.

Dalam kajian yang dilakukan selama enam bulan oleh Amsterdam University of Applied Science, 67% kakitangan yang menggunakan Walking Room merasakan diri kini lebih sihat dan produktif serta tahap tekanan juga lebih rendah. Jadi adakah anda akan teruja jika Walking Room juga ditawarkan di tempat kerja anda?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd