Cari @ Amanz

Seagate ialah sebuah jenama pembuat storan komputer yang terkenal, manakala EK pula ialah jenama pembuat sistem penyejukan komputer yang juga terkemuka dikalangan pembina komputer.

Kedua-dua jenama ini bekerjasama untuk memperkenalkan storan SSD NVME Seagate Firecuda 530 edisi Star Wars yang memperlihatkan penyejuk dengan nama dan pedang lightsaber tiga watak utama siri tersebut, termasuklah Luke Skywalker, Obi-wan Kenobi dan juga Darth Vader.

Storan-storan ini tampil dalam pilihan 1TB dan juga 2TB dengan kelajuan pembacaan data sepantas 7300MB/s, diantara yang terpantas dalam penawaran storan SSD kelas PCIe 4.0.

Penyejuk SSD ini diperbuat daripada logam aluminum berwarna hitam, dan diatasnya ialah replika mini lightsaber yang dinyalakan menggunakan pencahayaan RGB.

Buat masa ini, tarikh pelancaran dan tanda harga untuk SSD Seagate Firecuda 530 edisi Star Wars ini belum diketahui lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd