Cari @ Amanz

Facebook Messenger adalah platform pemesejan yang penuh dengan ciri dan fungsi menarik. Pengguna boleh bermain permua mini, boleh lakukan panggilan video, berurusniaga, bersosial dan banyak lagi.

Terkini Facebook Gaming membenarkan pengguna bermain permainan mudah-alih terus ketika panggilan video dilakukan. Ini bermakna Facebook Messenger membolehkan pengguna bermain permua secara multi-pemain.

Ketika ini terdapat 14 permua yang boleh dimainkan di Messenger tanpa perlu sebarang pemasangan dan ia adalah percuma. Permua ini semuanya boleh bermain dengan ramai orang dengan sekurang-kurangnya memerlukan dua orang seperti Card Wars oleh Bombay Play, Exploding Kittens oleh Coatsink, Mini Golf FRVR oleh FRVR dan Words With Friends oleh Zynga.

Untuk mula bermain pengguna hanya perlu lakukan panggilan video pada Messenger dan tekan mod Group dan tekan Play. Facebook Gaming turut akan menambah lebih banyak permua di masa akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd