Cari @ Amanz

Cisco, jenama kelengkapan rangkaian internet terkemuka baru-baru ini dilaporkan oleh media negara Rusia bahawa mereka telah melupuskan keseluruhan bekalan kelengkapan rangkaian di negara tersebut dan Belarus pada penghujung Januari tahun ini.

Menurut laporan tersebut, kelengkapan ini termasuklah kelengkapan siap-pasang dan juga alat-alat ganti yang diperlukan untuk memperbaiki sebarang kelengkapan rangkaian sedia-ada. Ia dianggarkan bahawa kelengkapan tersebut bernilai $23.5 juta (RM 104 juta) dan telah dilupuskan oleh Cisco kerana tidak mahu kelengkapan tersebut jatuh ke tangan kerajaan Rusia.

Walaupun begitu, laporan kewangan syarikat tersebut sendiri pula melaporkan bahawa hapus kira aset di negara tersebut dilaporkan ialah setinggi $67 juta (RM300 juta) pada suku ketiga tahun lepas dan ini termasuklah pelupusan kesemua aset Cisco di kedua-dua negara tersebut.

Ini termasuklah kelengkapan pejabat, kenderaan yang dimiliki dan juga wang yang dibayar untuk membantu bekas pekerja yang terpaksa dilepaskan apabila syarikat tersebut berhenti beroperasi di Rusia.

Walaupun kerugian hapus kira ini dilihat sangat tinggi sekali, ia dilihat tidak begitu teruk untuk mereka, khususnya apabila Cisco baru sahaja mencatatkan pendapatan 13 bilion dan keuntungan bersih 2.773 bilion pada suku kedua tahun kewangan ini

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd