Butang navigsi aplikasi adalah di bahagian atas yang menyebabkan adalah sedikit sukar dengan jari tidak cukup panjang untuk menekannya. Tetapi kelak butang navigasi WhatsApp akan diubah ke bawah yang menjadikannya lebih selari dengan aplikasi lain pada peranti pintar dan sama seperti yang telah digunakan pada versi iOS.

Menurut WABetaInfo, butang navigasi di bahagian bawah kini sedang diuji pada aplikasi Beta. Secara lazimnya dengan ujian Beta sudah dilakukan, ciri akan diberikan kepada umum dalam masa beberapa minggu lagi. Tidak diketahui sama ada perubahan ini kekal sama ada pengguna akan diberikan pilihan untuk mengembalikannya ke antaramuka yang lama.
- Sumber
- WABetaInfo