Cari @ Amanz

Sejak 1993, siri permainan FIFA telah diterbitkan oleh Electronic Arts di pelbagai platform. Selepas 30 tahun, kerjasama dengan FIFA telah berakhir pada 30 Mei 2023 dan dengan itu siri permainan ini akan menggunakan nama baharunya EA Sports FC. Hari ini logo EA Sports FC telah diperlihatkan kepada umum.

Walaupun nama dan logo siri permainan telahpun berubah. EA Sports FC masih akan menawarkan pasukan dan liga-liga terkemuka dari seluruh dunia. Untuk memastikan jenama ini akan turut dikenali ramai seperti FIFA, EA akan mengiklankan logo di 100 permanian bola sepak di seluruh dunia pada hujung minggu ini dalam liga n 100 matches set to be played across the biggest leagues in the world  Premier League, LaLiga, Bundesliga, Ligue 1, Women’s Super League dan National Women’s Soccer League.

Logo dan nama mungkin sudah berubah tetapi adalah kualiti dari zaman FIFA akan diteruskan pada EA Sports FC. Yang pasti kami masih menantikan untuk liga Malaysia kembali dipaparkan dalam permainan EA seperti suatu ketika dahulu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd