Carian
MSI
MSI Digodam Dengan 1.5TB Data Telah Dicuri
April 8, 2023 Effi Saharudin

MIS pula mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam minggu ini. Dalam serangan yang dilakukan, sistem teknologi maklumat mereka telah diakses kod sumber, firmware BIOS, kuncu peribadi dan pelbagai maklumat penting milik MSI sebesar 1.5 TB telah berjaya dicuri.

Penggodam meminta bayaran tebusan $4 juta sekiranya tidak mahu kesemua fail yang dicuri ini ditiriskan ke atas talian yang akan menyebabkan kesan yang negatif terhadap pengguna produk MSI. Langkah untuk mengembalikan sistem telah dilakukan oleh MSI. Sebagai langkah berjaga-jaga, MSI mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat turun perisian untuk produk keluaran mereka daripada pihak ketiga.

Komen