Poco C51 Diperkenalkan Dengan Helio G36, Pengecas Mikro-USB Dan Android Go
April 8, 2023
Poco
Aman
Poco kini hadir dengan sebuah peranti pada harga mampu-milik serta menyertakan spesifikasi asas, iaitu model Poco C51.
Poco C51 hadir dengan skrin 6.52-inci, dijana cip MediaTek Helio G36, memori 4GB RAM, serta ruangan storan 64GB.

Ia menyertakan kamera utama 8-megapixel yang dilengkapkan bersama-sama kamera VGA pada bahagian belakang, disamping kamera swafoto 5-megapixel.
Sebuah pengimbas cap jari turut disertakan pada bahagian belakang. Poco C51 dikuasakan dengan bateri 5000mAh yang dicas menggunakan mikro-USB pada kelajuan 10W.
Buat masa ini, telefon ini hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada akan memasuki pasaran Malaysia atau sebaliknya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.