Microsoft sebelum ini sedia memperkenalkan integrasi teknologi DALL-E pada Bing dalam memudahkan pengguna menjana imej berasaskan kecerdasan buatan melalui input teks. Kini, selain hanya pada web, Microsoft turut menginterasikan sokongan penjanaan imej pada pelayar web Edge mereka.
Melalui kemaskini yang diperkenalkan secara berperingkat ini, ia menambah ciri Image Creator pada bahagian tepi di Edge.
Pengguna seterusnya boleh memasukkan teks untuk imej yang dijana, dan seterusnya menjana ia pada pelayar web Edge, tanpa perlu ke sebarang laman khusus. Gambar yang dijana, seterusnya boleh dimuat-turun dan digunakan pada sebarang dokumen atau perkongsian.
Kemaskini ini pada Edge sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.