Expedia, salah satu laman yang sering dituju ramai dalam melakukan perancangan percutian, kini turut mengumumkan sokongan integrasi ChatGPT pada aplikasi mereka. Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan pada aplikasi iOS Expedia sahaja.
Dengan integrasi ini, pengguna boleh berinteraksi dalam bentuk teks bersama ChatGPT pada aplikasi Expedia, sekaligus mendapatkan cadangan berkaitan percutian – termasuk merancang percutian dengan lebih mudah lagi.
Disamping itu, pengguna juga turut boleh melakukan tempahan dan menyimpan perancangan perjalanan selepas mendapatkan jawapan daripada ChatGPT ini.
Bagi anda yang sering menggunakan Expedia, boleh memuat-turun aplikasi Expedia di iOS, dan mencuba integrasi ChatGPT ini.