Cari @ Amanz

Nampaknya, nama HTC dalam arena telefon pintar masih tidak hilang lagi. Terbaru, di Afrika, HTC Wildfire E3 Lite telah pun diperkenalkan.

HTC Wildfire E3 Lite

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.5-inci LCD dengan resolusi HD+, dijana dengan cip Unisoc SC9863, memori 4GB RAM, dan storan 64GB.

Ia menggunakan kamera utama 13-megapixel dibelakang yang dilengkapkan bersama kamera 2-megapixel yang merakamkan data kedalaman. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan sensor 5-megapixel.

HTC Wildfire E3 Lite

HTC Wildfire E3 Lite ini turut hadir dengan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 10W, serta turut menyertakan bicu audio 3.5mm.

Buat masa ini, telefon ini diperkenalkan secara terhad untuk pasaran Afrika sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd