Beberapa minggu lepas siri iQOO Z7 telah dilancarkan secara rasmi di China. Terdapat dua peranti dilancarkan dalam siri ini satu yang premium satu yang lebih asas. Kini peranti ini sudah sedia dilancarkan di Malaysia dan dengan harga jualan yang menarik peranti ini pasti akan membuatkan anda ingin membelinya.
Menurut iQOO kedua-dua peranti ini adalah untuk pengguna golongan Gen-Z.
iQOO Z7
Peranti ini hadir dengan skrin 6.64″ LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan warna Gamut warna tahap-wayang P3 100%. Peranti ini dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 782G yang dipadankan dengan pilihan memori mencapai 12GB RAM dengan sokongan Extended RAM 3.0 mencapai 8GB lagi serta storan dalaman UFS 2.2 sehingga 256GB.

Kamera utama pula adalah sensor 64MP OIS Ultra-Sensing dengan 2MP sensor bokeh dengan sokongan penstabilan imej hibrid serta Super Night 4.0. Kamera swafoto pula adalah 16MP. Untuk bateri peranti ini dimuatkan dengan kapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

Speaker adalah stereo, terdapat sokongan NFC, mempunyai sensor infra merah dan masih menawarkan port bicu audio 3.5mm. Rekaan peranti adalah sisi rata dengan belakang sedikit melengkung di samping modul kamera gergasi yang biasa Vivo gunakan. Dua warna ditawarkan iaitu Metalic Grey atau Matrix Blue.
iQOO Z7x
Peranti ini pula mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dengan iQOO Z7 biasa. Skrin adalah sama LCD 6.64″ 120Hz dan rekaan juga semuanya sama. Beza utama adalah pada cip pemprosesan yang mana peranti ini menggunakan Snapdragon 695 5G dan dipadankan dengan memori hanya 8GB RAM dengan tambahan Extended RAM 4.0 sehingga 8GB serta storan dalaman UFS 2.2 mencapai 256GB.

Untuk kamera di belakang peranti ini menggunakan gabungan sensor 50+2 Megapixel dengan kamera swafoto 8 Megapixel. Bateri adalah 6000mAh dengan pengecasan pantas 80W sahaja. Satu lagi beza Z7 dan Z7x adalah peranti ini tiada sensor infra merah.
Pilihan warna juga lebih kurang sama untuk yang kelabu, cuma yang biru diberi nama Tropical Blue.

Harga jualan di Malaysia untuk iQOO Z7 adalah RM1299 untuk 8/128 GB, RM1499 untuk 12/256 GB, sementara iQOO Z7x 8/256 GB berharga RM1099 dan 8/128 GB pula adalah RM999. Sempena pelancaran promosi potongan harga diberikan yang mana anda boleh beli salah satu peranti ini pada harga serendah RM939.

Promosi untuk pelajar turut ditawarkan dengan hadiah percuma bernilai mencapai RM647 serta diskaun harga jualan serendah RM919.