Sejurus selepas DPReview mengumumkan operasi laman akan dihentikan pada hari ini 10 April ribuan pengguna tertanyta-tanya mengenai apakah yang akan terjadi kepada kandungan laman. Sebagai antara laman terawal teknologi kamera digital, DPReview mengandungi pelbagai maklumat mengenai pelbagai kamera digital yang telah dihasilkan.

Pengurus laman Scott Everett telah mengesahkan selepas operasi laman dihentikan kelak, kesemua kandungan akan diarkibkan. Dengan ini persoalan mengenai kamera digital boleh dijawab dengan mengakses forum DPReview yang berguna. Sebelum ini Amazon in memadam laman DPReview tetapi selepas menerima kritikan daripada pengguna, keputusan ini telah dibatalkan.
- Sumber
- DPReview