Kehadiran peranti boleh lipat baharu Tecno di Malaysia akhirnya diacah secara rasmi. Perkara ini boleh dilihat dengan jelas menerusi poster rasmi yang dimuatnaik menerusi Facebook.

Tarikh pelancaran masih menjadi tanda tanya, namun kita boleh menyasarkan ianya boleh berlaku dalam masa terdekat. Begitu juga dengan harga jualan dan ketersediaan peranti yang turut sama kami kongsikan di mana akan datang.
Peranti juga dipercayai mempunyai perkakasan dalam yang sama seumpama variasi yang diumumkan di MWC. Melihat pada beberapa kandungan promosi yang dikongsikan sebelum ini seperti menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Phantom V Fold 5G merupakan peranti dengan skrin boleh lipat pertama daripada Tecno. Ia mempunyai skrin utama sejenis rata bersaiz 7.85-inci, sementara itu skrin sekunder melengkung pula sebesar 6.42-inci. Panel AMOLED digunakan sepenuhnya dengan kadar segar semula 120Hz.
Cip MediaTek Dimensity 9000+ pula digunakan sebagai tunjang utama dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Tri-kamera di belakang digunakan dengan sensor utama 50MP. Bateri 5000mAh juga diberikan yang menyokong pengecasan pantas 45W.
- Sumber
- Facebook Tecno