Acara pelancaran hari ini memperlihatkan Infinix hadir dengan beberapa produk baharu di Malaysia. Ianya terdiri dengan Infinix Hot 30 yang dijual pada RM599 (8GB/128GB). Sementara itu, Infinix Hot 30i pula berharga RM399 (4GB/128GB). Ketersediaan bermula 14 April 2023 menerusi kedai atas talian dan pengesah sah rasmi Infinix di seluruh Malaysia.

Peranti bagaimanapun boleh dimiliki dengan harga lebih murah serendah RM549 untuk Hot 30 dan RM349 pula untuk Hot 30i. Promosi adalah masa terhad untuk pembelian dibuat di antara 14 – 17 April 2023 menerusi kedai atas talian rasmi Infinix di Lazada dan Shopee. Bagi menambah koleksi, Infinix Hot 30 Free Fire Edition turut dijual di Malaysia pada harga RM599 sementara stok masih ada.


Infinix Hot 30 dilengkapi skrin 6.78-inci IPS LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G88, memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Kamera utama terdiri dengan tetapan 50MP + AI Lens, kemudian kamera swafoto pula 8MP. Peranti turut ditawarkan dalam edisi terhad Free Fire yang dilengkapi pelbagai ikon, antaramuka dan pin talam SIM bertemakan permainan berkenaan.

Infinix Hote 30i pula didatangkan dengan skrin 6.6-inci IPS LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip pemprosesan Unisoc T606 digunakan dengan gabungan memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri 5000mAh. Kamera utama pula sebesar 13MP sudut lebar yang dipadankan dengan lensa AI digunakan, di samping kamera swafoto 8MP.