Aplikasi MyJPJ telah diperkenalkan dengan penambahan ciri paparan lesen memandu dan juga lesen kenderaan pada Februari lepas. Kini, berkongsi perkembangan mengenainya, aplikasi MyJPJ mencatatkan lebih 2.971 juta muat-turun dan pendaftaran sejak Februari lepas.
Pengenalan aplikasi ini adalah sebagai salah satu usaha digitalisasi pelbagai perkhidmatan dan memudahkan pengguna.
Dengan aplikasi MyJPJ ini, pengguna boleh menyimpan salinan digital untuk lesen memandu dan juga cukai jalan. Pada masa yang sama, sekiranya mempunyai masalah untuk mempamerkannya, pegawai berkuatkuasa boleh menggunakan alat SMED dalam membuat semakan seseorang pemandu ketika menjalankan tugas pemantauan dan penguatkuasaan.
Bagi anda yang masih belum memuat-turun MyJPJ, boleh mendapatkannya melalui Google Play Store atau Apple AppStore.