Carian
Google Menghentikan Sokongan Perisian Untuk Paparan Pintar Pihak Ketiga
April 11, 2023 Fahim Zahar

Anda mungkin perasan yang Lenovo, JBL dan LG turut mempunyai paparan pintar masing-masing bagi bersaing dengan produk seperti Google Nest Hub atau Amazon Echo Show. Sama dengan produk Google Lenovo Smart Display (7″, 8″ & 10″), JBL Link View dan LG Xboom AI ThinQ WK9 Smart Display turut dikuasakan dengan Google Assistant.

Google baru-baru ini secara senyap terus menghentikan sokongan perisian bagi semua paparan pintar di atas. Produk-produk ini dilancarkan pada tahun 2018 dan 2019 ketika platform Android Things menjadi trend sebelum Google mematikannya pada Disember 2020.

Kesemua produk ini kini sudah dikira tamat tempoh dan tidak seperti Nest Hub yang menggunakan Fuchsia yang masih dijaga oleh Google walaupun usia produk sudah bertahun-tahun.

Terdapat spekulasi lain yang mana selepas Pixel Tablet dilancarkan nanti, yang mana tablet ini turut boleh menjadi paparan pintar dengan dermaga khas Google secara perlahan mungkin akan menamatkan sokongan perisian Nest Hub. Masa depan skrin pintar akan datang adalah tablet hibrid yang mana Apple juga dilaporkan ingin hadir dengan produk lebih kurang sama.

Komen